KUCHING, 14 OGOS 2019 (AKYBMS) – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengadakan lawatan awal ke Kampung Budaya Sarawak bersempena dengan persiapan Filem Dokumentasi Budaya Nopeng Melayu. Rumah Melayu Sarawak merupakan lokasi utama untuk pengambaran dan persembahan tersebut memandangkan lokasi tersebut merupakan lokasi yang terbaik. Dokumentasi tersebut akan dilaksanakan pada 15-16 Ogos 2019 (Khamis dan Jumaat) iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

 

Bukan itu sahaja, Datu Dr. Sanib Said, Pengurus Besar AKYBMS bersama staf AKYBMS yang lain turut hadir dalam tinjauan tersebut serta persiapan rapi dimana mereka berpuas hati dan bersetuju memilih lokasi tersebut dijadikan sebagai tempat Dokumentasi Nopeng Melayu. “Rumah Melayu di Kampung Budaya Sarawak sememangnya tempat yang signifikan dan tepat dijadikan sebagai pilihan selari dengan keunikan serta peninggalan sejarahnya “, ujar Datu Dr. Sanib Said. Selain itu, kerjasama antara AKYBMS dengan REAL TOUCH SDN BHD sememangnya dianggap sebagai tulang belakang kepada dokumentasi tersebut dimana krew-krew REAL TOUCH SDN BHD akan membuat rakaman.

Akhir sekali, kerjasama yang utuh antara AKYBMS, REAL TOUCH SDN BHD dan pihak pengurusan Sarawak Cultural Village diharapkan akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memperkenalkan budaya Melayu Sarawak bukan sahaja di dalam negara bahkan seantero dunia.

 

Dsediakan oleh : Mohd Shafrie Azrie