9 November 2019 – Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Sepanduk (Kategori E) Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun1441H/2019M. Sepanduk yang bertemakan “Melayu Islam Beraja” telah berjaya mendapat tempat kedua terbaik daripada 50 kontinjen yang mengambil bahagian dalam kategori yang sama.

YBhg Datu Pengurus Besar AKYBMS menerima hadiah kemenangan

 

Kontinjen AKYBMS kali ini dibarisi oleh Pengurus Besar bersama kakitangan AKYBMS, peserta program SAMAsiswa, wakil dari Institut Pengajian Boneo UNIMAS, ahli Badan Seni AKYBMS dan ahli Ikatan Graduan Melayu Sarawak. Kontinjen AKYBMS telah mengenakan pakaian lengkap Melayu Sarawak yang bertemakan warna hijau. Semua perserta telah berjaya menamatkan perarakan mengikut laluan A yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur di sekitar Bandaraya Kuching.

YBhg Datu Pengurus Besar merakamkan gambar kenangan bersama kontinjen

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang berlansung di Padang Merdeka Kuching ini telah bermula pada jam 8 pagi ini telah dihadiri oleh seramai lebih 11 000 perserta yang terdiri daripada 279 kontinjen. Majlis yang bertemakan “Ummah Gemilang” ini telah dihadiri oleh Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Dr. Abang Hj. Johari bin Tun Abang Hj. Openg dan isteri. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah menjadi penutup acara yang telah berlansung sekitar jam 1130 pagi.

Salam Maulidur Rasul 1441H
“Ummah Gemilang”