Marudi, 27 September 2019 –
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram menghargai inisiatif yang dilakukan oleh pihak
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu dalam usaha membantu mempertingkatkan
kecemerlangan para pelajar Melayu-Islam di Marudi/Baram.
Menurut Puan Aina @ Zuraina Tahir, Unit Akademik PPD Baram, program Kursus Pelajar
Melayu-Islam (KPMIC) 2019 Siri V: Marudi yang diadakan di Dewan Sri Perkasa, SMK
Telang Usan merupakan platform terbaik untuk para peserta menggali ilmu tambah yang 0
serta kehidupan.
Beliau yang mewakili Pegawai PPD Baram dalam acara perasmian penangguhan itu turut
menyatakan harapan agar program ini diteruskan lagi pada tahun hadapan.
"Pihak PPD Baram khususnya amat mengharapkan agar pihak AKYBMS dan rakan
strategik terlibat meneruskan program ini. Ini kerana daerah ini  kurang mendapat perhatian
daripada pihak lain berbanding pihak AKYBMS yang terus konsisten berkongsi ilmu kepada
para pelajar di Baram." Tambah beliau lagi.
Program KPMIC 2019 merupakan program pemantapan sahsiah pelajar yang
mengkhususkan aspek remaja dan perubahan kendiri, motivasi, jati diri Melayu Sarawak
serta pembinaan keyakinan diri para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
akademik.
KPMIC juga merupakan program siri jelajah di daerah-daerah terpilih seluruh Sarawak dan
telah diadakan sejak tahun 2015. KPMIC 2019 Siri V: Marudi pada kali ini telah
menghimpunkan 114 orang pelajar Melayu-Islam Tingkatan 1 daripada SMK Marudi dan
SMK Telang Usan.

 

Disediakan oleh: Yusuf Jalli