SAMAtandak Melayu Sarawak telah berlangsung ke Negeri Melayu Semarahan dengan Universiti Malaysia Sarawak  sebagai tuan rumah pada 26 Jun dan 27 Jun 2019. Persembahan SAMAtandak menunjukkan perlunya dukungan dari pihak universiti sebagai gedung ilmu dan tempat menuntut ilmu di menara gading. Sejajar dengan kerelevenan mendidik seni di peringkat didikan tertinggi dalam kalangan pelajar di pengajian tinggi. Pada kali ini persembahan SAMAtandak ini dipersembahkan bertempat di Bilik Institut Pengajian Borneo UNIMAS yang dihadiri oleh Prof. Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce selaku pengarah Institut Pengajian Borneo dan Pegawai Kanan Dr. Lam Chee Kheng.

Tetamu-tetamu yang hadir ke Program Hari Terbuka IPB, Universiti Malaysia Sarawak, turut serta staf-staf Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

Antara tandak Melayu Sarawak yang dipersembahkan adalah Tarian Puteri Sarawak, Gendang Air, Tarian Zapin Sebat, Tarian Zapin Sindang dan Nopeng. Kesemua tarian ini membuktikan bahawa keunikan dan kesenian Melayu Sarawak yang ditonjolkan dalam persembahan tarian. Penganjuran ini merupakan salah satu usaha memartabatkan kebudayaan dan kesenian Melayu di peringkat Varsiti. Penglibatan pelajar dan pendedahan mengenai Melayu Sarawak sangat penting agar generasi

muda yang terpelajar diperingkat tinggi masih mengenali dan mengetahui jati diri orang Melayu agar diwarisi dan terpelihara kelestarian.

 

 

 

 

 

(Sumber disediakan oleh Shakir, 27 Jun 2019)