Tetamu-tetamu yang hadir ke Program Hari Terbuka IPB, Universiti Malaysia Sarawak, turut serta staf-staf Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK, 26 DAN 27 JUN 2019 (RABU DAN KHAMIS) – Program Hari Terbuka IPB UNIMAS telah mendapat sambutan yang amat memberangksangkan dari pelbagai agensi-agensi di Kuching, Sarawak. Program ini telah diadakan pada 26 dan 27 Jun 2019 bertempat di Aras 1, Institut Pengajian Borneo dari jam 9.00 pagi – 4.30 petang. Pelbagai aktiviti telah dilakukan semasa program tersebut seperti Pameran oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ‘Talk’ oleh profesor-profesor yang berpengalaman dan banyak lagi. Program tersebut telah dihadiri oleh pelbagai pihak seperti pelajar sekolah rendah dari Kota SmarahanBukan itu sahaja, penglibatan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dalam aktiviti pameran telah memeriahkan lagi suasana. Kerjasama daripada AKYBMS sangat di alu-alukan oleh pihak pengurusan IPB dimana AKYBMS telah mengadakan pameran mengenai komuniti Melayu Sarawak dan juga permainan seperti SAMAmikir, Demonstrasi SAMAriadah Tradisional, Demonstrasi SAMAtandak dan Demonstrasi SAMApencak juga turut diadakan.

Prof. Dr Jeniri bin Amir sedang menyampaikan Forum yang bertajuk ‘ The Origins Of The Malay Ethnic, turut serta Datu Dr. Haji Sanib Haji Said.

Selain itu, Datu Dr. Haji Sanib Haji Said iaitu Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak juga turut serta dalam program tersebut dimana beliau sendiri bersama tiga orang berpengalaman memberi forum tentang Bangsa Melayu di Sarawak kepada pengunjung yang hadir. Forum ini juga telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dari Kota Samarahan. ‘Dengan adanya forum sebegini diharapkan dapat memartabatkan lagi sejarah dan tamadun Melayu kepada komuniti Sarawak’, ujar Datu Dr. Haji Sanib Said.

Akhir sekali, program sebegini diharapkan dapat diteruskan dengan kerjasama pelbagai pihak agar dapat memberi input yang berguna kepada semua penduduk di negeri Sarawak khususnya generasi-generasi muda yang akan mentadbir negara suatu hari nanti.

Prof. Madya Dr. Shahren bersama tetamu kehormat yang lain sedang berkunjung ke Pameran booth.

 

Antara pelajar-pelajar sekolah rendah yang turut serta dalam Program Hari Terbuka IPB.

 

(Sumber  disediakan oleh  Azrie – Jun 28, 2019)