MAKANAN SARAWAK


laksa-sarawakLAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak 100 peratus berbeza daripada laksa-laksa di Semenanjung baik dari segi ‘mee’ yang digunakan mahupun kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak mengandungi rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.

ikan-terubok-masinIKAN TERUBOK MASIN

Tidak sah jika ke Sarawak kalau tidak merasa dan membawa Ikan Terubuk balik ke tempat masing-masing. Ikan Terubuk tidaklah begitu masin seperti ikan masin dan mempunyai aroma yang cukup enak. Ikan Terubuk Sarawak adalah salah satu produk terkenal dikalangan pelancong yang berkunjung ke Kuching, Sarawak. Para pelancong terutamanya dari Semenanjung pasti akan membelinya sebagai ole-ole sebelum meninggalkan bandaraya Kuching.

kek-lapisKEK LAPIS

Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang terdapat di pasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.

bubur-pedasBUBUR PEDAS

Di Sarawak, bubur padah merupakan antara makanan yang sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu Islam.  Juadah ini amat popular khususnya pada bulan puasa.  Apabila tiba Ramadan, makanan ini mudah didapati di Bazar Ramadan yang banyak dibuka di kawasan strategic sama ada di bandar, kawasan pasar, pekan dan kampong di Sarawak.  Sememangnya pelbagai jenis ramuan dimasukkan ke dalam juadah bubur pedas mengikut kreativiti dan bagaimana mudahnya mendapat bahan tersebut pada sesuatu masa.  Resepi moden bubur pedas pada hari ini memasukkan campuran cendawan atau jagung dalam tin, bunga kobis, kacang tanah, hirisan ayam bahkan sosej.