⚜️ Menyantuni Asnaf di Kampung Gita Laut dan Kampung Kudey, Kuching ⚜️

20 Mac 2024 (Rabu): Alhamdulilah, misi pada hari kedua untuk program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1445H/2024M telah berjalan dengan lancar. Pasukan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) yang telah dipimpin oleh Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar telah membawa sebanyak 60 bakul makanan untuk disalurkan kepada asnaf-asnaf di Kampung Gita Laut, Kuching dan Kampung Kudey, […]

⚜️Acara Simbolik Pelancaran (Flag Off) sempena dengan Program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1445H / 2024M ⚜️

20 Mac 2024 (Rabu): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan acara Simbolik Pelancaran (Flag-off) Program Ihya Ramadan AKYBMS 1445H/2024M bertempat di perkarangan masuk Wisma Sumber Alam, Petra Jaya. Acara ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, […]

JEJAK WARISAN SEJARAH: Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice)

Pada 16 Mac 2024, Cik Zafirah binti Othman dari Bahagian Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama dengan Cik Najihah binti Bohari, Rakan Strategik AKYBMS, telah melawat Bandar Sri Aman, Sarawak. Antara salah satu tempat yang telah mereka lawati adalah Kubu Alice (Fort Alice). Lokasi Kubu Alice terletak di Bandar Sri […]

Pembelian Produk AKYBMS

Terima kasih kepada saudari Halimatun Allifah Mustafa, Persatuan Penggemar Sejarah dan Kebudayaan Santubong kerana telah membeli terbitan kami.  Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli produk Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bolehlah berkunjung di pejabat atau DM di Facebook kami.  Ps: ikuti Tiktok AKYBMS @budayamelayusarawak 

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pengelola Santubong Fringe Festival 2024 Bil.1/2024

14 Mac 2023 (Khamis): Santubong Fringe Festival merupakan suatu inisiatif Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) yang bakal diadakan pada tidak lama lagi. Jawatankuasa pengelola yang telah dilantik pada hari ini dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, AKYBMS.   Turut hadir, Encik Abang Shahrailey Bin Abg […]

⚜️ Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1445H/2024M ⚜️

Marhaban ya Ramadan! Semoga di bulan penuh berkah ini, segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah. Semoga bulan ini menjadi kesempatan bagi kita untuk memperbaiki diri, meningkatkan keimanan, dan menumbuhkan rasa kasih sayang kepada sesama. Mari kita sambut Ramadan dengan hati yang penuh syukur dan kebahagiaan. Ikhlas daripada […]

SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri I: Gendang Melayu Sarawak

9 Mac 2024: KUCHING- (Sabtu) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) hidupkan Gendang Melayu Sarawak melalui program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri I: Gendang Melayu Sarawak di Godown Amphitheatre, Tebingan Sungai Kuching, Sarawak.   Melalui program ini, YBhg. Datuk Wahab bin Abdul Aziz, Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Kebudayaan (Jawatankuasa Kesenian dan Kebudayaan […]

Pembelian Baju T-Shirt Rosli Dhobi

Terima kasih kepada Encik Awang Mustafa bin Abdul Gapar dari Persatuan Anak Jati Lawas kerana telah membeli T-shirt Rosli Dhobi. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli produk Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bolehlah berkunjung di pejabat atau DM di Facebook kami. Ps: ikuti Tiktok AKYBMS @budayamelayusarawak

Penyerahan Buah Tangan kepada kakitangan AKYBMS sebelum Ramadan 1445H/2024M

8 Mac 2023: Kuching – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan sesi Penyerahan buah tangan kepada semua kakitangan AKYBMS bertempat di pejabat Rodway, AKYBMS. Acara sederhana ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, AKYBMS. Semoga sumbangan buah tangan ini dapat memberikan manfaat yang besar dan […]