Logo AKYBMS dibina oleh dua bentuk utama, iaitu permata berlian dan pucuk rebung.

PERMATA BELIAN

  • Melambangkan warisan tamadun ratusan tahun yang telah teruji.
  • Lima permata berlian berwarna putih melambangkan lima Rukun Islam.
  • Permata berlian berwarna jingga merupakan petanda keberanian dalam mengharungi sebarang cabaran pada masa depan.

PUCUK REBUNG

  • Melambangkan bangsa Melayu yang mampu berubah menyesuaikan diri pada setiap zaman.
  • Enam runcing rebung berwarna hijau melambangkan enam Rukun Iman sebagai pegangan pembela bangsa.

WARNA

  • PUTIH: serlahan keikhlasan dan suci hati Melayu Sarawak dalam hubungan mereka dengan Tuhan dan manusia.
  • HIJAU: petanda kelestarian kesuburan dan pertumbuhan masyarakat Melayu Sarawak.