Penerbitan

Jika berminat untuk menempah sila email:admin@akybms.com /Telefon: +60 11-1141 9460

Kepulauan: Jurnal Antarabangsa Pengajian Kepulauan Melayu
Harga Buku : RM 45.00
Nostalgia Sri Tarina: Seleksi Tandak Melayu Sarawak
Harga Buku : RM 45.00
Warisan Melayu Sarawak
Harga Buku : Buku ini bukan untuk dijual
Negeri Santubong Sejarah Awal Sarawak, 300ESS - 1647ES
Harga Buku : RM 55.00
Sejarah Sarawak Antara Fakta dan Dusta
Harga Buku : RM 11.00
Menunggu Laila
Harga Buku : RM 15.00
Bangsawan Sultan Tengah (Hardcover)
Harga Buku : RM 225.00
Bangsawan Sultan Tengah (Softcover)
Harga Buku : RM 190.00
Pantun Sarawak Tanda Kasih Kesetiaan Sejati
Harga Buku : RM 30.00

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)

Semasa ditubuhkan pada tahun 1994 badan ini dinamakan Yayasan Budaya Melayu Sarawak(YBMS) dan pada tahun 2003 telah didaftarkan semula menjadi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

Ilham untuk menubuhkan sebuah organisasi baharu untuk masyarakat Melayu Sarawak telah tercetus semasa Seminar Budaya Melayu II pada tahun 1993 dalam rangka Simposium Budaya Sarawak II anjuran Kerajaan Negeri Sarawak. Para peserta seminar tersebut yang terdiri daripada pemimpin politik, kakitangan kerajaan, sarjana, guru dan ketua masyarakat dari semua Bahagian berpendapat perbalahan politik yang masih hangat ketika itu memerlukan wadah baharu untuk memupuk semula ukhuwah yang telah tergugat itu.

Wisma Melayu Sarawak

Idea mendirikan sebuah mercu tanda Melayu Sarawak telah dicetuskan oleh Allayarham Pehin Sri Datuk Patinggi (Dr) Adenan Satem selaku mantan pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) AKYBMS .

Signifikan reka bentuk Wisma Melayu Sarawak diilhamkan daripada motif tradisi dan kontemporari. Keindahan warisan estetika busana
Melayu iaitu tengkolok dan keringkam menjadi daya inspirasi utama dalam memanifestasikan keunggulan mercu tanda baharu di Sarawak.