Spaoh, 23 Mac 2019 – Dengan jayanya Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang 2019 Siri II: Betong telah diadakan di Dewan Sinaran, SMK Spaoh, Betong.

Program bagi siri ini telah melibatkan penyertaan seramai 112 orang pelajar daripada SMK Spaoh, SMK Saribas, dan SMK Pusa .

Perasmian Program KPMIC 2019 Siri II: Betong ini telah sempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Wahbi Bin Haji Junaidi, Pengerusi Jawatankuasa Agama AKYBMS, merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Encik Jaya Bin Salleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pelajar SMK Spaoh,; Encik Hairol Sami, Penceramah Jemputan; Guru-guru SMK Spaoh dan guru-guru pengiring sekolah yang terlibat.

Tahniah dan syabas.

Selamat maju jaya buat semua!

(Sumber : Bahagian Pendidikan, Agama dan Sosial AKYBMS)