Siri II Puisi Melayu Tradisional  merupakan tema  besar yang mengungkapkan persembahan  beberapa genre puisi seperti Syair, Gurindam, Sajak, Mentera dan Pantung. Persembahan Puisi Melayu Tradisional kali ini dipersembahkan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak pada 27 April 2019, Sabtu.  Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak melalui Badan Seni AKYBMS telah menjayakan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak, Siri II, 2019. Pada tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran dengan tajuk yang sama namun dipetingkatkan mutu persembahan untuk menonjol satu persembahan yang hebat dari tahun sebelumnya. Julung kalinya pada persembahan ini menggunakan”live music traditional”  yang diketuai oleh Cikgu Mail bersama kempulan muziknya yang menjadi muzik iringan sepanjang persembahan puisi tersebut Namun demikian kekuatan persembahan pada tahun ini dibantu dengan aspek tarian yang berkonsepkan “Taridra” iaitu tarian dalam drama yang dikisahkan dalam bentuk puisi Melayu.  Persembahan yang bertajuk Senandung Puisi Melayu Tradisional “Raja Kelaka dan Raja Saribas” merupakan cerita yang digarap dan dipersembahkan di khalayak pengunjung di waterfrotn Tebingan Sungai Kuching Sarawak ini berasal dari adaptasi kisah dalam teks Manuskrip Syair Tarsilah Cetera Abang Gudam dengan Temenggung Kadir  Saribas. Manuskrip Melayu ini membuktikan bahawa kewujudan beberapa buah negeri Melayu awal di Sarawak iaitu sebelum kedatangan James Brooke dan sebelum mahupun semasa zaman pemerintahan Kesultanan Negeri Melayu Berunai Darul Salam. Diharapkan pementasan persembahan ini dapat mengembalikan seni untuk rakyat dan merakyatkan khalayak dengan seni. Bersama-sama memartabatkan kebudayaan Melayu Sarawak keperingkat yang lebih tinggi.