Singapura 17 Nov 2018. – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) hari ini telah menghadiri Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam ke-19 anjuran Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam, bertempat di Atria Singapore Expo Singapura. Delagasi AKYBMS diketuai oleh YBhg Datu Dr. Haji Saib Bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS.

Konvensyen DMDI19 tahun ini dihadiri oleh lebih kurang 350 peserta terdiri 23 negara ahli anggota antaranya Malaysia, Indonesia, Singapura, Sri Lanka, Kemboja, United Kingdom, Filipina, Mesir, Timor Leste, Bosnia And Herzegovina, Thailand, Madagascar, Maldives, Netherland, Australia, Afrika Selatan, Brunei, Canada, New Zealand, Arab Saudi, Bangladesh dan Mauritius.

Konvensyen kali ini juga membengkelkan 6 bengkel biro seperti, Biro Ekonomi, Biro Wanita, Kebajikan dan Kesihatan, Biro Kebudayaan dan Warisan, Biro Pelancaongan dan Sukan, Biro Dakwah dan Biro Pendidikan.

Perasmian Konvensyen DMDI ini akan dirasmikan oleh Dr. Mohamad Maliki Bin Osman, Menteri Negara Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Singapura pada 17 November 2018, Sabtu jam 8.30 malam di Atria Singapore Expo Singapura.

(Sumber: Bahagian Pentadbiran AKYBMS)