Jumaat, 07 Disember 2018 telah berlangsungnya persembahan SAMArindok Malam Puisi Panglima Nikosa 2018. Malam Puisi Panglima Nikosa dianjurkan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak sebagai acara tahunan rasmi AKYBMS.

Penganjuran Malam Pusisi Panglima Nikosa adalah untuk mengangkat dan memperingati Novel Melayu pertama di dunia yang telah dikarang oleh anak Melayu Sarawak iaitu Ahmad Syawal pada tahun 1870 yang berjudul “Hikayat Panglima Nikosa Mendapat Kesusahan Ketika Perang Sebelum Mendapat Kesenangan”. Selain itu, selaras dengan Pelan Strategik AKYBMS 2015 – 2035 dalam teras Agama dan Budaya iaitu dalam usaha memperteguh identiti Melayu Sarawak dan proses penjenamaan kebudayaan yang positif. Penganjuran ini juga telah menjadi platform menghimpunkan para seniman, karyawan dan aktivis Melayu pelbagai bidang seperti sastera, muzik, filem, tarian dan sebagainya.

Antara pengisian persembahan  yang digelar Jungkar Seni ialah seperti Tarian Puteri Sarawak, Tarian Zapin Sindang dan Tarian Nopeng Kinek yang dipersembahkan oleh kumpulan Tarian SAMAtandak Badan Seni AKYBMS. Persembahan kumpulan Teater Labu Sakti  yang telah mempersenhakan persembahan khas Pembacaan Dramatik Panglima Nikosa.

Manakala persembahan Badan Seni  AKYBMS telah mempersembahkan beberapa tandak Melayu Sarawak dengan persembahan khas  telah dipersembahkan dengan deklamasi Sajak  Datu Sanib yang bertajuk Sajak Menunggu Laila 1 selain nyayian Lagu Puisi Menunggu Laila  yang dipersembahkan oleh Badan Seni (AKYBMS).

Persembahan Terbuka telah dipersembahkan oleh beberapa penyajak jemputan seperti encik wahab pengarah bangsawan Sultan Tengah dan cikgu Shamsul mewakili IGMS, kempulan Soliloki, DBP Cawanagan Sarawak dan PERKASA. Persembahan terbuka juga menyaksikan persembahan lagu puisi dan daklamasi puisi oleh tetamu jemputan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan persembahan Malam Puisi Panglima Nikosa bagi tahun 2018. Terima kasih di atas tajaan hadiah cabutan bertuah oleh A.D.S Media & Saramedia Global Sdn. Bhd. dan terima kasih juga kepada semua tetamu jemputan yang sudi hadir bagi meraikan bakat seni Melayu Sarawak pada malam SAMArindok Puisi Panglima Nikosa 2018. “Jika ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi, jika ada umur yang panjang tahun depan jumpa lagi, jika ada jarum yang patah jangan disimpan didalam laci jika ada silap dan salah jangan disimpan didalam hati”.