Kontijen AKYBMS bergambar di Pusat Sumber Tun Openg

KUCHING (SNN) – HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW pada 12 Rabiul Awal 1440H bersamaan dengan 20 November 2018 dalam lanskap politik dan sosial yang mencabar.  Sehubungan itu selaras dengan tema “Menyantuni Umat Membawa Rahmat” khususnya ditujukan kepada para pemimpin Melayu dan Muslim di Malaysia supaya memimpin ke jalan yang diredhai Allah SWT.  Pada masa ini banyak pemimpin Melayu dan Muslim di Malaysia telah jauh menyeleweng dari ajaran Al-Quran dan Sunnah yang sepatutnya menjadi pegangan mereka.

Sebahagian dari kontijen berhimpun di Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching

Walaupun pusat perayaan Sambutan Maulidurasul bagi negeri Sarawak terletak di Sarikei, Bahagian Ke-7, namum masyarakat Melayu dan Muslim di Bandaraya Kuching tidak ketinggalan menganjurkan acara sambutan yang penuh barakah ini.  Persatuan Anak Seni Bandarsyah yang bergiat di perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar telah mengambil inisiatif sendiri untuk menganjurkan Sambutan Maulidurasul seperti tahun lepas. Hampir 500 orang yang terdiri daripada beberapa kontijen telah menyertai acara ini yang berpusat di Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching.

Abang Abdul Karim membacakan teks ucapan YAB ketua Menteri

Tetamu kehormat majlis ini adalah Datuk Abang Abdul Karim bin Tun Abang Openg yang mewakili adindanya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.  Mereka sebenarnya adalah anak kelahiran Kampung Bandarshah.  Dalam ucapannya, Abang Abdul Karim menyatakan pentingnya umat Islam berpegang teguh dengan Ai-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.  Kitab suci ini dan akhlak Rasullah mesti dijadikan pegangan para pemimpin dan umat Islam di Sarawak.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Datuk Abdillah Datuk Abdul Rahim, mantan senator dan ahli perniagaan, Datu Dr. Sanib Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan ketua-ketua kaum.

Perahu tambang yang direka khas sebagai warisan Melayu Sarawak telah mendahului perarakan

Perarakan yang menjadi acara puncak Sambutan Maulidarasul telah menggunakan Jalan Datuk Ajibah Abol, Jalan Muhibbah, Jalan Kulas dan Jalan Haji Tahan.  Perarakan ini bermula dari Pusat Sumber Tun Openg dan berakhir di situ kir-kira pada jam 10:30 pagi.

(Sumber: Sanifa – Sarawak New Networks –