Pada 15 Mei 2018, Selasa, Siri 1, Persembahan SAMAtandak Melayu Sarawak telah bertandang ke Negeri Melayu Samarahan dengan Universiti Malaysia Sarawak sebagai tuan rumah. Persembahan SAMAtandak pada kali ini menunjukkan perlunya dukungan dari pihak universiti sebagai gedung ilmu dan tempat menuntut ilmu di menara gading. Sejajar dengan kerelevanan mendidik seni di peringkat didikkan tertinggi dalam kalangan pelajar di pengajian tinggi. Persembahan SAMAtandak ini dipersembahkan di Panggung Eksperimen Falkuti Seni Gunaan Kreatif  UNIMAS dalam rangka program penganjuran bersama yang dikelola oleh pelajar tahun akhir FSGK. Terima kasih diucapkan kepada pihak UNIMAS kerana membuka ruang kepada Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk mementaskan persembahan tandak Melayu Sarawak.

Aktivis-aktivis Badan Seni AKYBMS terbuka kepada pelajar-pelajar dan individu yang aktif dan mahir dalam kesenian.

 

 

 

Persembahan kesenian SAMAtandak anjuran Amanah Khairat diadakan secara bersiri di beberapa buah lokasi tumpuan awam.

Persembahan kebudayaan saban tahun diadakan bagi mempopular kesenian Melayu Sarawak yang semakin dilupakan.

Antara tandak Melayu Sarawak yang dipersembahkan adalah Tarian Puteri Sarawak, Gendang Air, Tarian Zapin Sebat, Tarian Zapin Sindang, dan Nopeng. Kesemua tarian ini membuktikan bahawa keunikkan dan kesenian Melayu Sarawak yang ditonjolkan dalam persembahan tarian. Penganjuran bersama program Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) dengan SAMAtandak Persembahan Tandak Melayu Sarawak merupakan salah satu usaha memartabatkan kebudayaan dan kesenian Melayu diperingkat Varsiti. Penglibatan pelajar dan pendedahan mengenai Melayu Sarawak sangat penting agar generasi muda yang terpelajar diperingkat tinggi masih mengenali dan mengetahui jati diri orang Melayu agar diwarisi dan terpelihara kelestarian, “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”.

CIPTA 2018 yang bertemakan  New Art Design Innovation (NADI) telah membuktikan bahawa dalam arus kemajuan ilmu dalam bidang seni, walaupun pembaharuan zaman teknologi tidak akan melupakan dan menghapuskan yang seni yang lama dikekal keaslian dan identity seni tersebut. Diharapkan pada masa mendatang penganjuran bersama ini akan diteruskan agar masyarakat awam khusus golongan terpelajar mendapat pendedahan awal mengenai warisan budaya Melayu terutamanya Kebudayaan Melayu Sarawak.